PUTRAJAYA - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah dinobatkan sebagai koperasi ke-3 terbaik bagi Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024, sekaligus meneruskan prestasi cemerlang koperasi tersebut yang baru-baru ini mengumumkan prestasi kewangan dan agihan dividen yuran tahunan yang membanggakan bagi tahun 2023. Anugerah tersebut diperoleh pada Malam Apresiasi Hari Koperasi Negara 2024 peringkat Wilayah Persekutuan…
PUTRAJAYA - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), melalui anak syarikatnya, KOPETRO Trading & Services Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama strategik bersama Gentari Renewables Sdn. Bhd., anak syarikat Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) bagi penggunaan penyelesaian tenaga bersih dan lestari.
Pada majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut yang berlangsung pada 29 Jun 2024 yang lalu, Pengerusi KOPETRO,…
Putrajaya, 29 Jun 2024 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengumumkan prestasi kewangan yang sangat memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 dengan merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM344 juta, peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 2022, yang berjumlah sebanyak RM291 juta. Lebih membanggakan lagi, KOPETRO turut mencatatkan lonjakan prestasi kewangan yang cemerlang dengan peningkatan keuntungan…
Kuala Lumpur, Mei 2024 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dalam satu majlis di Institut Koperasi Malaysia (IKMa), baru-baru ini. Melalui jalinan kerjasama strategik ini, objektifnya dapat dicapai serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam perkongsian kepakaran, pembangunan modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan…
KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 - Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Raya bertemakan ‘Raya Cara Kita’ bertempat di Cornerstone IPC, di sini. Majlis Aidilfitri penuh meriah ini diadakan bagi menyantuni rakan korporat serta kakitangan KOPETRO sempena bulan Syawal yang mulia ini. Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata matlamat utama majlis…
KUALA LUMPUR - Bulan Ramadan adalah bulan suci yang dinantikan oleh umat Islam. Setiap kali Ramadan tiba, majlis berbuka puasa dilihat menjadi perantara yang sangat baik bagi menjalinkan hubungan kejiranan dan kasih sayang di antara satu sama lain. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) meniupkan semangat Ramadan tahun ini dengan menganjurkan majlis berbuka puasa & solat…
