Skip to content Skip to footer

KOPETRO SAMBUT AIDILFITRI BERSAMA RAKAN KORPORAT DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 2 Mei 2024 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Raya bertemakan ‘Raya Cara Kita’ bertempat di Cornerstone IPC, di sini. Majlis Aidilfitri penuh meriah ini diadakan bagi menyantuni rakan korporat serta kakitangan KOPETRO sempena bulan Syawal yang mulia ini.

Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim berkata matlamat utama majlis rumah terbuka ini diadakan adalah bagi menguatkan ukhuwah dan kebersamaan di antarapihak pengurusan koperasi dengan rakan perniagaan serta pelanggan korporat dalam
menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

“Melalui konsep ‘Raya Cara Kita’ tahun ini, KOPETRO ingin menyuntik semangat kemasyarakatan dengan meraikan kepelbagaian dan menghargai perbezaan antara kita, dengan menyambut Syawal melalui cara kita tersendiri. Dalam masa sama, konsep ‘Raya Cara Kita’ menggalakkan kita untuk meneruskan tradisi murni yang dapat dipupuk daripada sambutan hari raya Aidilfitri seperti amalan kunjung-mengunjung dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain,” ujar beliau dalam ucapannya di majlis tersebut.

Tambah beliau, majlis seperti ini adalah peluang terbaik untuk mengeratkan dan merapatkan lagi tali persaudaraan, serta membuka ruang interaksi dan komunikasi di antara KOPETRO bersama pelanggan serta rakan niaga.

Majlis Aidilfitri KOPETRO turut disertai oleh Anggota Lembaga Koperasi yang diketuai oleh Roslan, bersama Naib Pengerusi, Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman, Setiausaha, Zamri Ismail, dan Bendahari, Adam Keling. Tidak ketinggalan, majlis turut
disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah dan barisan pengurusan KOPETRO.

Rumah terbuka anjuran KOPETRO ini berlangsung pada jam 11 pagi sehingga 4 petang, dan dihadiri lebih 1200 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan niaga serta kakitangan koperasi tersebut. Pengunjung dijamu dengan aneka juadah Aidilfitri dan menu tempatan yang disediakan oleh KOPETRO Catering seperti Nasi Impit, Lemang, Rendang Ayam, Sate, dan Nasi Hujan Panas dengan Ayam Masak Merah.

Majlis Aidilfitri KOPETRO ini merupakan acara tahunan koperasi berkenaan yang diadakan bagi mengeratkan ukhuwah bersama rakan niaga dan mereka yang terlibat dengan perniagaan sepanjang tahun, selain memupuk nilai-nilai kekeluargaan dan kebersamaan yang sentiasa dititikberatkan oleh KOPETRO.

KOPETRO turut mengadakan majlis Aidilfitri bagi menyambut anggota koperasi dan rakan niaga di Terengganu pada 7 Mei 2024, bertempat di Kelab Golf dan Rekreasi PETRONAS, Kertih.

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, diiktiraf sebagai 10 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia. KOPETRO melakar kejayaan baharu apabila dianugerahkan status
Superbrands sekaligus menjadi koperasi pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2023. Selain itu, tahun tersebut juga menyaksikan KOPETRO merangkul Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan 2023 pada Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan melalui syarikat KOPETRO Travel. Pada tahun 2020, KOPETRO merangkul anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards melalui KOPETRO Food, yang sekaligus menjadi anak syarikat milik koperasi pertama diiktiraf dengan anugerah seumpama itu.

Selain Servis Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman, juga Perdagangan dan Peruncitan.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my