Skip to content Skip to footer

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KOPETRO DAN UNIVERSITI KEUSAHAWANAN KOPERASI MALAYSIA (UKKM)

Kuala Lumpur, Mei 2024 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) dalam satu majlis di Institut Koperasi Malaysia (IKMa), baru-baru ini.

Melalui jalinan kerjasama strategik ini, objektifnya dapat dicapai serta memberi manfaat kepada kedua-dua pihak terutamanya dalam perkongsian kepakaran, pembangunan modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan selaras dengan keperluan industri pada masa kini dan masa hadapan.

Encik Ahmad Shakir Bin Ahmad Ubaidah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO menandatangani MoU itu bagi pihak KOPETRO, manakala pihak UKKM diwakili oleh Profesor Dato’ Dr. Azali Bin Mohamed, selaku Naib Canselor UKKM. Turut hadir Puan Rafiza Binti Abdul Rahman (Ketua Pembangunan Sumber Manusia KOPETRO), Encik Zaib Mat Yunos (Timbalan Ketua Pengarah IKMa Bahagian Pembangunan Modal Insan), Puan Hamidah Mohd Jos (Timb. Ketua Pengarah IKMa bahagian Pengurusan serta delegasi KOPETRO dan UKKM.

 

 

 

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my