GALLERY
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua anak syarikat KOPETRO dan rakan strategik yang telah memberikan sokongan melalui sumbangan iklan penajaan bagi penerbitan Buku Laporan Tahunan 2025.
Sokongan dan komitmen yang diberikan amat dihargai serta mencerminkan semangat kerjasama, kepercayaan dan hubungan strategik yang kukuh dalam menjayakan penerbitan laporan tahunan 2025. Sumbangan tersebut bukan sahaja menyokong penerbitan laporan, malah menjadi lambang komitmen bersama dan mewujudkan nilai yang mampan kepada semua pihak.
Semoga jalinan kerjasama yang terjalin antara KOPETRO, anak-anak syarikat serta rakan-rakan strategik akan terus berkembang demi mencapai kecemerlangan serta kejayaan yang berterusan.
