KOPETRO DAN SKM BERPISAH TIADA
Pada 30 Mac 2016 yang lalu, KOPETRO telah menerima lawatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan kunjungan mesra ini telah diraikan dengan penuh meriah.
Rombongan diketuai oleh Dato’ Haji Abdullah bin Mahmood, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan bersama 13 orang pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan. Lawatan tersebut telah diraikan dengan meriah oleh Anggota Lembaga dan Pengurusan KOPETRO yang diketuai oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO dan Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO.
Sebelum lawatan ke Central Kitchen Serdang, taklimat khas mengenai KOPETRO telah disampaikan oleh Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO di Ibu Pejabat KOPETRO di Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Lawatan singkat ke Pejabat KOPETRO Travel & Tours juga telah diadakan di lokasi yang sama.
Lawatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan telah mencapai objektif untuk mengukuhkan persefahaman dan memberikan impak yang positif ke arah pengukuhan dan pemantapan berkongsi maklumat di antara kedua-dua pihak.
Melihat riak wajah Dato’ Haji Abdullah bin Mahmood dan pegawai-pegawai kanannya jelas mereka sangat berpuashati dan gembira dengan layanan terbaik dari pihak KOPETRO.
Antara fungsi SKM ialah bertanggungjawab memantau, mengawal selia koperasi dan memberi khidmat nasihat serta mempromosikan pembangunan koperasi. Manakala KOPETRO sebagai sebuah koperasi yang berdaftar yang mementingkan pembangunan koperasi dan pematuhan statutori sudah tentu akan sentiasa menjadikan SKM sebagai badan rujuk yang utama dan paling akrab.
Matlamat lawatan SKM kali ini ialah memilih koperasi yang berdaya maju dan berjaya sebagai model untuk membolehkan idea-idea yang baik dapat dikongsikan dan digunapakai di kalangan koperasi-koperasi yang lain di bawah seliaan SKM. Oleh yang demikian, keperluan bersama dan hubungan baik serta keakraban antara satu sama lain antara KOPETRO dan SKM dalam menjayakan gerakan koperasi di Malaysia diibaratkan “KOPETRO dan SKM berpisah tiada”.
[vc_row][vc_column][btn_button button_type=”default” button_icon=”yes” icon_fontawesome=”fa fa-download” icon_alignment=”left” button_size=”2″ link=”url:%2Fkopetro%2Fdownloads%2Fbulletin%2FVolume-4.pdf|title:Download%20PDF%20Volume%2004|target:%20_blank|”][/btn_button][/vc_column][/vc_row]