Skip to content Skip to footer

Volume 3 – Edition: Jan ‘16

KOPETRO 35 TAHUN

KOPETRO menyambut ulang tahun ke 35 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Kesyukuran pada 19 November 2015 di Surau al Muhsinin, KLCC. Majlis disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Jemputan seramai 100 orang terdiri Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Perwakilan Kuala Lumpur, Pengurusan dan kakitangan KOPETRO.

Majlis bermula selepas solat Asar dengan bacaan Yassin dan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Ustaz Yusof Assiddiqi Ahmad Sharkawi, imam jemputan khas.

Menurut Encik Khairu Najhan, “Semasa awal penubuhannya, Pejabat operasi KOPETRO terletak di Tingkat 4, ENE Plaza, Jalan Pudu, Kuala Lumpur dengan 9 orang kakitangan yang dipinjamkan daripada PETRONAS hingga Februari 1983. Dato’ Wan Ismail bin Wan Mohd Salleh dilantik Pengerusi KOPETRO yang pertama”.

“Bermula dari 9 orang, jumlah anggota KOPETRO terkini sehingga 31 Disember 2015 ialah 17,822 orang. KOPETRO telah mengadakan Mesyuarat Agung sebanyak 32 kali,” ujarnya.

Tambahnya lagi, “KOPETRO terus bangkit dan berkembang dari masa ke semasa. Tahun 2004, Untung Bersih KOPETRO adalah sebanyak RM4.4 juta sahaja. Ianya meningkat dan terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga tahun 2014, KOPETRO telah mencatat Untung Bersih sebanyak RM19.5 juta”. “Aset KOPETRO (bangunan) juga bertambah. Bermula dengan pembelian sebuah rumah flat berharga RM40,000. Kini aset KOPETRO (bangunan) berjumlah hampir RM30 juta termasuk pembelian terbaru sebuah bangunan Central Kitchen Serdang berharga RM7 juta,” katanya.

“Di dalam tempoh 35 tahun KOPETRO telah mencapai pelbagai kejayaan. Dari syarikat induk yang menumpukan perniagaan kredit, kini KOPETRO mempunyai 7 anak syarikat atau subsidiari di dalam pelbagai bidang perniagaan,” tambahnya lagi.

[vc_row][vc_column][btn_button button_type=”default” button_icon=”yes” icon_fontawesome=”fa fa-download” icon_alignment=”left” button_size=”2″ link=”url:%2Fkopetro%2Fdownloads%2Fbulletin%2FVolume-3.pdf|title:Download%20PDF%20Volume%2003|target:%20_blank|”][/btn_button][/vc_column][/vc_row]

Leave a comment

0.0/5

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my