Skip to content Skip to footer

Volume 19 – Edition: Apr ‘20

KOPETRO EMPAT KOPERASI TERBAIK

KOPETRO berjaya memperolehi kedudukan Empat Koperasi Terbaik di Peringkat Wilayah Persekutuan dan diiktiraf oleh kerajaan. Kejayaan KOPETRO dalam mencatat ranking tertinggi dan terus mengekalkan kedudukan Sepuluh Koperasi Terbaik ini adalah antara pencapaian cemerlang di dalam sejarah KOPETRO semenjak ditubuhkan pada
30 Oktober 1980. Pada tahun 2018, KOPETRO berada di ranking ke-6 di Peringkat Wilayah Persekutuan.

Di peringkat nasional, KOPETRO juga memperbaiki ranking dari kedudukan ke-8 kepada tempat ke-7 dari 14,000 koperasi di seluruh Malaysia.

Majlis penganugerahan tersebut berlangsung pada 30 November 2019 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur. Anugerah telah disampaikan oleh Tun Dr Daim bin Zainuddin, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dan Datuk Dr Mohd Hatta bin Md Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan. Tun Dr Daim juga telah melancarkan Indeks Gerakan Koperasi Malaysia (IGKM) dan Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2019.

Turut hadir ialah Datuk Wan Suraya binti Wan Mohd. Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Nordin bin
Salleh, Pengerusi Eksekutif SKM dan Dato’ Haji Kamaruddin bin Ismail, Timbalan Presiden, ANGKASA.

KOPETRO diwakili oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO dan Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai
Eksekutif KOPETRO untuk menerima anugerah tersebut.

Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my