MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPETRO KE 34
KOPETRO telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 34 pada 13 Mei 2017 di Hotel Everly, Putrajaya dengan jayanya.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 76 orang perwakilan dari seluruh negara termasuk 15 orang Anggota Lembaga KOPETRO. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar meluluskan semua 19 Agenda yang dibentangkan.
Mesyuarat Agung Perwakilan kali ini telah dirasmikan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Di dalam majlis yang sama, beliau turut melancarkan Video Korporat KOPETRO yang baru.
Sementara itu, Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO menyampaikan ucapan alu-aluan.
Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO telah membentang Taklimat Pencapaian dan Hala Tuju Perniagaan KOPETRO.
Menurut Encik Khairu Najhan, “KOPETRO adalah salah sebuah koperasi yang berdaya saing, berdaya maju dan berjaya. Baru-baru ini KOPETRO telah sekali lagi mendapat pengiktirafan antara 10 buah Koperasi Terbaik daripada lebih 12,000 buah Koperasi yang didaftarkan di Malaysia. Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana limpah dan kurniaNya, KOPETRO terus kekal terbaik.” Tambahnya lagi, “Kejayaan ini adalah kejayaan bersama. Semoga kejayaan ini terus lestari untuk memastikan KOPETRO terus relevan dan kekal terbaik.”
“Syarikat-syarikat gergasi turut menghadapi situasi yang sukar dan menanggung kerugian. Prestasi syarikat mereka juga tidak menentu sehingga ada sesetengahnya terpaksa menghentikan operasi atau mengurangkan tenaga kerja mereka.”, tegasnya.
Menurutnya lagi, “PETRONAS juga terpaksa mengambil langkah drastik mengurangkan kos operasi melalui pelbagai inisiatif bagi memastikan kemampanan operasinya. Keadaan ini secara tidak langsung memberi impak kepada perniagaan KOPETRO yang selama ini banyak berkait rapat dengan perbelanjaan PETRONAS.”
“Pada tahun 2014, kebergantungan jumlah pendapatan KOPETRO kepada PETRONAS adalah sebanyak 90% melalui anak syarikat KOPETRO Travel & Tours, KOPETRO Catering dan KOPETRO Trading & Services. Akibat daripada keadaan ekonomi ini, kita dapat lihat kejatuhan prestasi perniagaan dari tahun 2014 hingga 2016 sebanyak 80%. Namun KOPETRO telah mengambil langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada PETRONAS.”, ujarnya.
[vc_row][vc_column][btn_button button_type=”default” button_icon=”yes” icon_fontawesome=”fa fa-download” icon_alignment=”left” button_size=”2″ link=”url:%2Fkopetro%2Fdownloads%2Fbulletin%2FVolume-9.pdf|title:Download%20PDF%20Volume%2009|target:%20_blank|”][/btn_button][/vc_column][/vc_row]