Skip to content Skip to footer

Volume 17 – Edition: Jul ‘19

Menteri Hargai Pencapaian KOPETRO

KOPETRO telah mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan yang ke-36 pada 29 Jun 2019 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur dengan jayanya.
Mesyuarat Agung Perwakilan kali ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Turut hadir Puan Hajah Meriam binti Mat Nor, Timbalan Pengerusi Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Beliau menyeru supaya anggota-anggota koperasi terus menyokong aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh koperasi. Penyertaan aktif dan kesetiaan anggota akan menentukan kejayaan koperasi memandangkan anggota adalah pengguna dan pemimpin gerakan koperasi di pelbagai peringkat. Beliau juga menegaskan bahawa solidariti dan komitmen tinggi anggota-anggota menyokong perniagaan oleh sesebuah koperasi akan memberi impak positif kepada koperasi dan anggota itu sendiri.

Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada KOPETRO kerana diiktiraf antara koperasi terbaik di Malaysia dari sejumlah 14,000 koperasi di Malaysia dan menyifatkan KOPETRO adalah koperasi yang telah matang dan antara koperasi yang berjaya di negara ini. “Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia yang dikeluarkan oleh SKM telah mengiktiraf KOPETRO di kedudukan tangga ke-6 koperasi terbaik untuk tahun 2017. Ini adalah pencapaian terbaik di dalam sejarah KOPETRO. Ini membuktikan KOPETRO telah matang dan merupakan antara Gerakan Koperasi yang berjaya di negara ini.” ujarnya. “Pengurusan KOPETRO mengambil keputusan tepat untuk melaksanakan perluasan perniagaan di dalam bidang strategik seperti penubuhan KOPETRO Ventures Sdn Bhd. Penglibatan KOPETRO dalam bidang ‘strategik’ ini, dengan sokongan jitu semua ahli, boleh mendatangkan keuntungan jangka panjang kepada koperasi.” katanya. “Namun, ini tidak bermakna kekuatan bidang perniagaan sedia ada perlu dipinggirkan. Bidang perniagaan yang memberikan ‘kekuatan’ dan ‘pulangan’ baik kepada KOPETRO selama ini – wajar dikekalkan dan terus diperkukuh. Faktor utama dalam membantu meningkatkan kejayaan koperasi ialah komitmen sepenuhnya daripada ahli-ahli untuk memajukan perniagaan sedia ada. Maka, saya menyeru anggota KOPETRO untuk memberi sokongan sepenuhnya dalam perniagaan sedia ada.” tambahnya. Di dalam majlis yang sama, Menteri juga menyaksikan pertukaran MoU antara subsidiari KOPETRO iaitu KOPETRO Travel & Tours Sdn Bhd dengan China Global Travel & Tours (Holdings) MENTERI HARGAI PENCAPAIAN KOPETRO 1FINAL Buletin Kopetro Vol. 17.pdf 5 31/07/2019 11:58 AM Limited dari Republik China. Di dalam kerjasama ini KOPETRO Travel & Tours akan menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan serta kepakaran sedia ada yang diperlukan oleh pelancong dari negara China bagi memastikan mereka menikmati pengalaman bercuti yang bernilai serta penuh kenangan.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my