Reaksi Positif Menteri
Kunjungan Hormat KOPETRO ke Pejabat Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof telah diadakan pada 19 Mac 2019 di Menara Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur. Sesi temu bual diadakan bagi mengukuhkan ukhwah antara KOPETRO dan Menteri Pembangunan Usahawan Malaysia. Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan KOPETRO dan menjemput YB Menteri bagi merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPETRO ke-36 yang akan diadakan pada 29 Jun 2019 di PWTC. Selain objektif tersebut, pihak KOPETRO juga memohon bantuan YB Menteri untuk mempromosikan produk frozen food keluaran KOPETRO Food ke Olympic Japan 2020.
Kunjungan Hormat tersebut diketuai oleh Tuan Haji Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Turut hadir Datuk Haji Abdul Razak Hussain, Setiausaha KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO, Encik Ahmad Hazil bin Abd Lateff, Pengurus Kanan Perhubungan Korporat & Pemasaran KOPETRO dan Encik Mohd Syahmi Amir al-Hafiz bin Abdul Razak, Eksekutif Perhubungan Korporat KOPETRO. Wakil Kementerian yang turut hadir ialah Dato’ Azlinda binti Mohd Rashad, Setiausaha Sulit Kanan dan Encik Shamin Shahid bin Ghulam Shahid, Pegawai Khas Menteri Pembangunan Usahawan.
Lawatan ini memberikan pendedahan kepada YB Menteri tentang produk dan perkhidmatan KOPETRO di samping mengukuhkan persefahaman dan memberi impak positif ke arah pemantapan idea dan perkongsian maklumat terkini. Semoga kerjasama dan hubungan erat KOPETRO dengan Kementerian terus berkekalan dan memberi manfaat di antara kedua-dua
belah pihak