Skip to content Skip to footer

Volume 22 – Edition: April ‘21

KOPETRO KOPERASI TERUNGGUL TAHUN 2020

KOPETRO diiktiraf sebagai Koperasi Terunggul Tahun 2020 daripada Lang International Corporate Titans Awards (LICTA). Penyampaian anugerah berlangsung pada 11 April 2021 di Majlis Makan Malam & Penganugerahan LICTA Awards di Wyndham Acmar Klang Hotel, Klang, Selangor. KOPETRO dinobatkan sebagai Cooperative Icon Of The Year kategori Best of Services – Gred DUKE Enterprise kerana KOPETRO telah mencapai sesuatu pencapaian yang luar biasa di dalam industri tertentu, diiktiraf oleh institusi terkemuka, badan profesional dan pihak kerajaan. Anugerah telah diterima oleh Tuan Haji Khairu Najhan Zainuddin, Pengerusi yang turut diiringi oleh Encik Roslan Abd. Rahim, Naib Pengerusi, Datuk Haji Abdul Razak Hussain, Setiausaha dan Haji Adam Keling, Bendahari. Turut hadir Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Ahmad Fadhil Hassan, Ketua Jabatan Jualan KOPETRO. Di dalam situasi ekonomi dunia termasuk Malaysia sedang menghadapi kelembapan dan kemelesetan, KOPETRO masih tetap teguh dalam menerajui gerakan koperasi negara dan berjaya mengekalkan kedudukan Sepuluh Koperasi Terbaik di Malaysia daripada lebih 14,000 buah koperasi di seluruh negara. Terkini, KOPETRO di dalam kedudukan ke-4 peringkat Wilayah Persekutuan dan ke-5 di peringkat nasional. Kejayaan yang dicapai ini jelas
menunjukkan komitmen dan iltizam daripada Anggota Lembaga Koperasi, Perwakilan, Jawatankuasa Audit Dalaman, Pengurusan dan Kakitangan KOPETRO dalam menjayakan misi dan visi KOPETRO.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my