MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPETRO KE 32
KOPETRO telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan pada 06 Jun 2015 di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur dengan jayanya.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 75 orang perwakilan dari seluruh negara termasuk 15 orang Anggota Lembaga KOPETRO. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar meluluskan semua 19 Agenda yang dibentangkan. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Pengerusi KOPETRO, Encik Khairu Najhan bin Zainuddin.
Untuk Tahun Kewangan Berakhir pada 31 Disember 2014, KOPETRO telah mencatatkan peningkatan pendapatan kumpulan sebanyak RM50.1 juta berbanding dengan RM43.1 juta yang telah dicapai pada tahun 2013. KOPETRO telah mencatatkan keuntungan bersih kumpulan sebanyak RM19.5 juta.
KOPETRO menisytiharkan pembayaran dividen sebanyak 8.5% ke atas Modal Syer dan 7.0% ke atas Modal Yuran. Ia melibatkan kos sebanyak RM13.7 juta berbanding RM11.0 juta pada tahun 2013 iaitu peningkatan sebanyak 24%.
[vc_row][vc_column][btn_button button_type=”default” button_icon=”yes” icon_fontawesome=”fa fa-download” icon_alignment=”left” button_size=”2″ link=”url:%2Fkopetro%2Fdownloads%2Fbulletin%2FVolume-1.pdf|title:Download%20PDF%20Volume%2001|target:%20_blank|”][/btn_button][/vc_column][/vc_row]