Skip to content Skip to footer

Volume 11 – Edition: Jan ‘18

Hari KOPETRO Dirai Gemilang

Pada tanggal 30 Oktober 2017 adalah hari yang penting dan bermakna untuk KOPETRO. Buat julung-julung kalinya KOPETRO telah menyambut ulang tahun ke 37 dengan cukup meriah di ruang legar Bangunan Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dari segi sejarah, KOPETRO telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Majlis memotong pulut kuning menjadi simbolik perasmian Hari KOPETRO. Hadir bersama menyambut Hari KOPETRO ialah Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO merangkap Penasihat Majlis Sambutan Hari KOPETRO 2017, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO, Anggota-anggota Lembaga KOPETRO, Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO dan Encik Ridzuan bin Zainal Abidin, Pengerusi Majlis Sambutan Hari KOPETRO 2017 serta Pengurusan Kanan KOPETRO. Objektif sambutan Hari KOPETRO adalah untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang terbaik KOPETRO dan subsidiari kepada orang awam. Tetamu kehormat yang hadir ialah Cik Mastura binti Mohd Khalid, Timbalan ketua Eksekutif Dasar & Operasi PTPTN, Tuan Mejar Kamaruddin, Ketua Pengurusan, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Markas ATM.

Menurut Pengerusi KOPETRO, Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, program ini bertujuan memberi kesedaran kepada umum mengenai perniagaan yang dijalankan oleh KOPETRO. Menurut Encik Ridzuan bin Zainal Abidin di dalam ucapan aluannya, “Tujuan program ini buat julung-julung kali diadakan bagi memperkenalkan perniagaan KOPETRO atau awareness kepada masyarakat umum. KOPETRO menjalankan pelbagai jenis perniagaan bukan semata-mata untuk anggota KOPETRO yang terdiri daripada kakitangan PETRONAS tetapi juga kepada syarikat-syarikat luar, sama ada sektor kerajaan atau korporat”

Program diteruskan dengan majlis perasmian ‘Food Truck LengQuas’ yang dikelola oleh KOPETRO Catering Sdn Bhd. Kehangatan Hari KOPETRO dirasai dengan kemunculan artis jemputan, Chef Selebriti, Jaafar Onn. Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO merasmikan ‘Food Truck LengQuas’.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my