Johor, Februari 2025 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), telah memeterai kerjasama strategik bersama Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP), dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Sungai Johor Eco Retreat Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.
Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi komitmen semua pihak sekali gus membuka ruang kepada pelbagai aktiviti perniagaan yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang signifikan bagi kedua-dua pihak.
Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Tuan Haji Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abd Rahman selaku Pengerusi KOPETRO bersama Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, sementara KOPJCORP diwakili oleh Encik Amran bin Zakaria selaku Naib Pengerusi KOPJCORP bersama Pengurus Besar KOPJCORP Puan Wan Su binti Ali.
Majlis ini turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi serta barisan pengurusan kanan daripada KOPETRO dan KOPJCORP.