
Booth KOPETRO telah berlangsung dengan jayanya di Training Room Concourse, Kuala Lumpur Convention Centre (CONVEX) pada 8 Julai 2026, menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung sepanjang program berlangsung.
Sepanjang sesi, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, serta pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. Warga KOPETRO turut berinteraksi secara langsung dengan para pengunjung bagi berkongsi manfaat keanggotaan dan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.
Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk mengunjungi booth KOPETRO. Sokongan dan sambutan yang diberikan amat dihargai dan menjadi pemangkin kepada KOPETRO untuk terus memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta memperluaskan jalinan hubungan dengan warga korporat.

KOPETRO successfully hosted its booth at the Training Room Concourse, Kuala Lumpur Convention Centre (CONVEX) on 8 July 2026, welcoming a steady flow of visitors throughout the event.
Visitors had the opportunity to learn more about KOPETRO’s membership registration, financing facilities, and the wide range of products and services available. The KOPETRO team also engaged directly with attendees, sharing the benefits of membership and providing information on the cooperative’s various offerings.
KOPETRO extends its sincere appreciation to everyone who visited the booth and contributed to the success of the event. Your support and interest inspire us to continue enhancing our services and strengthening our engagement with the wider corporate community.
