Skip to content Skip to footer

KUNJUNGAN HORMAT KOPETRO KE SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Pada 22 Julai 2025 (Selasa), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Wilayah Persekutuan sebagai inisiatif memperkukuh jalinan strategik antara KOPETRO dan pihak SKM. Delegasi KOPETRO telah diketuai oleh Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif bersama barisan Anggota Lembaga serta kepimpinan koperasi. Lawatan ini telah disambut mesra oleh YBhg. Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Cawangan Negeri Wilayah Persekutuan bersama pegawai-pegawai kanan SKM.

 

Kunjungan ini bukan sahaja menjadi platform untuk memperkenalkan barisan Anggota Lembaga KOPETRO yang baharu, malah turut membuka ruang perbincangan ke arah menjalin kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh pembangunan dan kelestarian gerakan koperasi di Malaysia.

KOPETRO amat menghargai sambutan yang diberikan dan berharap agar hubungan yang telah terjalin ini terus membawa sinergi yang positif serta manfaat yang berpanjangan kepada semua pihak terlibat, khususnya dalam memperkasa ekosistem koperasi di peringkat nasional.

Semoga hubungan strategik ini terus diperkukuh demi pembangunan koperasi yang lebih progresif dan mampan di Malaysia.

Leave a comment

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2025. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my