Skip to content Skip to footer

KOPETRO TERIMA PENGIKTIRAFAN BERPRESTIJ SME100 AWARDS 2024

PETALING JAYA – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) terus mengukir sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai penerima SME100 Awards: Malaysia’s Fast Moving Companies dalam sebuah Majlis Makan Malam Gala Anugerah SME100 di One World Hotel, Petaling Jaya, pada 5 Disember 2024. Pengiktirafan ini menjadikan KOPETRO koperasi pertama di Malaysia yang menerima anugerah berprestij ini.

SME100 Awards merupakan anugerah berprestij yang diiktiraf serantau, menghargai perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menunjukkan pertumbuhan pesat, pencapaian luar biasa, dan kebolehpercayaan tinggi. Pemenang dipilih melalui proses penilaian yang ketat melibatkan prestasi kewangan, inovasi, kepimpinan, dan impak kepada masyarakat. Anugerah ini mengangkat martabat organisasi terpilih sebagai sebahagian daripada komuniti perniagaan eksklusif di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Vietnam.

 

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, meluahkan rasa syukur atas pencapaian ini, menyifatkannya sebagai pencapaian penting bukan hanya untuk KOPETRO tetapi juga untuk sektor koperasi di Malaysia.
“Pengiktirafan SME100 Awards ini membuktikan bahawa koperasi juga mampu menjadi pemain utama dalam dunia perniagaan yang kompetitif. Kejayaan ini adalah hasil dedikasi dan komitmen semua pihak di KOPETRO yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan dalam setiap usaha kami. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga kerja, anggota koperasi, dan rakan niaga yang menyokong kami dalam perjalanan ini,” ujar Ahmad Shakir.


Tambahnya, kejayaan ini menjadi bukti kukuh terhadap kemampuan koperasi memberi impak besar dalam sektor perniagaan. Beliau menyatakan bahawa anugerah tersebut bukan sahaja meningkatkan jenama KOPETRO tetapi turut menjadi inspirasi kepada seluruh gerakan koperasi di Malaysia untuk terus bergerak maju.

Ahmad Shakir menerima anugerah tersebut daripada Presiden Nasional Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng. Majlis makan malam dan penyampaian hadiah tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi KOPETRO, Roslan Abdul Rahim, Timbalan Pengerusi KOPETRO, Wan Ahmad Tarmizi Wan Abdul Rahman, Setiausaha, Zamri Ismail, Bendahari, Adam Keling, Naib Setiausaha, Zamani Othman, serta barisan pengurusan KOPETRO.


Ditubuhkan 44 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, terus memacu kejayaan sebagai salah satu koperasi terkemuka di Malaysia, dan diiktiraf sebagai Koperasi Ke-3 Terbaik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini juga, KOPETRO telah dinobatkan sebagai koperasi ke-3 terbaik bagi Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024. KOPETRO melakar kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan status Superbrands Awards sekaligus menjadi koperasi pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2023. Selain itu, tahun tersebut juga menyaksikan KOPETRO merangkul Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan 2023 sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

KOPETRO juga dianugerahkan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan melalui syarikat KOPETRO Travel. Pada tahun 2020, KOPETRO merangkul anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards melalui KOPETRO Food, yang sekaligus menjadi anak syarikat milik koperasi pertama diiktiraf dengan anugerah seumpama itu. 

Selain Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Riadah, Makanan dan Minuman, Tenaga, Hartanah dan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnukita, yang diceburi sejak tahun 2022.


Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.  Instagram @kopetroberhad.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my