Skip to content Skip to footer

KOPETRO & KLDX JALIN KERJASAMA STRATEGIK BAWA PELABURAN PATUH SYARIAH KEPADA ANGGOTA

KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan KLDX, bursa sekuriti digital terkemuka di Malaysia. Majlis menandatangani MoU ini berlangsung di ibu
pejabat KLDX, Menara UOA, Bangsar, di sini, menandakan permulaan kerjasama strategik yang akan memberikan akses kepada pelaburan pasaran persendirian patuh syariah untuk anggota KOPETRO.

Kerjasama ini membuka peluang kepada anggota KOPETRO untuk melabur dalam aset pasaran persendirian yang mematuhi prinsip syariah, yang sebelum ini hanya terbuka kepada pelabur institusi yang besar. Usaha ini bertujuan untuk memperluaskan peluang pelaburan beretika kepada anggota koperasi, sekaligus membantu mereka memperkukuh kestabilan kewangan dan mencapai kebebasan kewangan melalui pelaburan yang selamat dan berpotensi tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, menyatakan bahawa kerjasama ini adalah satu langkah penting dalam usaha KOPETRO untuk meningkatkan kesejahteraan kewangan anggota koperasi berkenaan. “Kolaborasi ini sejajar dengan misi KOPETRO untuk memperkasa anggota kami dengan peluang pelaburan yang beretika dan strategik. Dengan memberikan akses kepada aset pasaran persendirian patuh syariah, kami membuka jalan baharu untuk anggota untuk membuat pelaburan serta mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka,” ujar Ahmad Shakir.

Ahmad Shakir turut menekankan bahawa KOPETRO sentiasa mencari kaedah inovatif untuk menyokong perjalanan kewangan anggota koperasi. Usaha sama dengan KLDX ini dilihat sebagai satu langkah penting untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada anggota dalam merancang masa depan kewangan mereka, sambil tetap berpegang
teguh kepada prinsip kewangan Islam.

Di samping itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas KLDX, Selvarany Rasiah, menyatakan bahawa kerjasama ini akan memperkukuh usaha untuk mempromosikan keterangkuman kewangan. “Kolaborasi bersama KOPETRO menandakan langkah yang penting dalam usaha untuk mendemokrasikan akses kepada aset pasaran swasta patuh syariah. Kami berbangga kerana dapat menyediakan peluang yang inovatif selaras dengan prinsip kewangan Islam, memberi peluang kepada anggota KOPETRO untuk menyertai laluan penciptaan kekayaan yang baharu,” ujar Selvarany.

Beliau juga menekankan bahawa KLDX tidak hanya tertumpu kepada keterangkuman kewangan semata-mata, malah menjadi pemacu kepada inovasi dalam Pasaran Modal Kewangan Islam Malaysia. Ini secara langsung mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam kewangan Islam serta penyelesaian pelaburan moden yang memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang. 

Melalui kerjasama ini juga, anggota KOPETRO bakal menikmati manfaat daripada platform canggih KLDX, yang membolehkan mereka mengakses produk pelaburan yang sebelum ini sukar dicapai oleh pelabur individu. Kerjasama antara KOPETRO dan KLDX ini dilihat sebagai titik perubahan penting untuk KOPETRO, menandakan satu lagi lembaran baharu dalam usaha untuk memperkukuhkan kesejahteraan kewangan anggotanya. Kolaborasi ini membuka jalan kepada akses yang lebih meluas kepada pelaburan patuh syariah, sekaligus membantu anggota koperasi membuat keputusan pelaburan yang lebih bijak dan beretika.

 

Upacara menandatangani MoU tersebut disempurnakan oleh Pengerusi KOPETRO Roslan Abdul Rahim, disamping pihak KLDX yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Selvarany Rasiah. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Ketua Pegawai
Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah dan Pengerusi KLDX, Tan Sri Datuk Seri Dr. Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.

Ditubuhkan pada 30 Oktober 1980, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, terus memacu kejayaan sebagai salah satu koperasi terkemuka di Malaysia, dan diiktiraf sebagai Koperasi Ke-3 Terbaik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini juga, KOPETRO telah dinobatkan sebagai koperasi ke-3 terbaik bagi Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024.

KOPETRO melakar kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan status Superbrands Awards sekaligus menjadi koperasi pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2023. Selain itu, tahun tersebut juga menyaksikan KOPETRO merangkul Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan 2023 sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

KOPETRO juga dianugerahkan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan melalui syarikat KOPETRO Travel. Pada tahun 2020, KOPETRO merangkul anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards melalui KOPETRO Food, yang sekaligus menjadi anak syarikat milik koperasi pertama diiktiraf dengan anugerah seumpama itu.

Selain Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Riadah, Makanan dan Minuman, Perdagangan dan Peruncitan, dan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnukita, yang diceburi sejak tahun 2022.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.  

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my