PENGIKTIRAFAN PEMATUHAN SYARIAH
KOPETRO berjaya memperolehi Pengiktirafan Pematuhan Syariah bagi keseluruhan Produk Pembiayaan Kredit KOPETRO dari Jawatankuasa Syariah ANGKASA dan Unit Pematuhan Syariah, Bahagian Pembangunan ANGKASA pada 25 Oktober 2016 di Hotel Aliya, Klang, Selangor. Majlis penyerahan sijil telah diadakan sempena Seminar Kebangsaan Fiqh Muamalat Dalam Gerakan Koperasi 2016 anjuran Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad…
KOPETRO SEPULUH KOPERASI TERBAIK DI MALAYSIA
KOPETRO berjaya mengekalkan kedudukan Sepuluh Koperasi Terbaik di Malaysia di dalam tempoh 8 tahun berturut-turut. Kejayaan ini adalah pencapaian terbaik di dalam sejarah KOPETRO semenjak ditubuhkan pada 30 Oktober 1980. KOPETRO juga memenangi Anugerah Koperasi Terbaik Kategori Sektor Pelancongan dan Kesihatan. Majlis berlangsung pada 21 Julai 2016 di Medan…
MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KOPETRO KE 33
KOPETRO telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan kali ke 33 pada 21 Mei 2016 di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur dengan jayanya.
Mesyuarat tersebut telah dihadiri seramai 75 orang perwakilan dari seluruh negara termasuk 15 orang Anggota Lembaga KOPETRO. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar meluluskan semua 19 Agenda…
KOPETRO DAN SKM BERPISAH TIADA
Pada 30 Mac 2016 yang lalu, KOPETRO telah menerima lawatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan dan kunjungan mesra ini telah diraikan dengan penuh meriah.
Rombongan diketuai oleh Dato’ Haji Abdullah bin Mahmood, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan bersama 13 orang pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan.…
KOPETRO 35 TAHUN
KOPETRO menyambut ulang tahun ke 35 dengan mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Doa Kesyukuran pada 19 November 2015 di Surau al Muhsinin, KLCC. Majlis disempurnakan oleh Encik Khairu Najhan bin Zainuddin, Pengerusi KOPETRO. Jemputan seramai 100 orang terdiri Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman, Perwakilan Kuala Lumpur, Pengurusan dan kakitangan KOPETRO.
Majlis bermula…
KOPETRO CATAT SEJARAH KOPERASI TERBAIK
KOPETRO telah dianugerahkan Koperasi Kelima Terbaik buat julung-julung kalinya. Kejayaan ini adalah pencapaian tertinggi di dalam sejarah KOPETRO semenjak ditubuhkan pada 30 Oktober 1980.
Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berhormat, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sempena Hari Koperasi Negara 2015. Majlis berlangsung…