Pada 16 Julai 2025 (Rabu), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan sesi libat urus bersama PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) bertempat di pejabat PRPC, Pengerang, diikuti dengan lawatan ke L.E.A.F. (Learn, Explore, Aspire, Flourish) Centre yang terletak di Bukit Pelali, Pengerang, Johor.
Sesi ini telah membuka ruang perbincangan serta pertukaran pandangan yang membina ke arah meneroka peluang kerjasama strategik antara KOPETRO dan PRPC, terutamanya dalam usaha menambah nilai kepada anggota serta memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Delegasi KOPETRO telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Aaznan bin Darus, Penolong Bendahari KOPETRO dan Tuan Haji Azlan bin A Hasan, Anggota Lembaga Koperasi. Mereka telah mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan PRPC yang diketuai oleh Encik Kamal Bahrin Ahmad, Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif & Naib Presiden Kanan PRPC; Encik Hairulanam Suhari, Pengurus Besar, Rakan Strategik Sumber Manusia PRPC; dan Encik Mustapha Kamel bin Abd Rahman, Ketua, Kemudahan & Perkhidmatan Kompleks (CFS).
Lawatan ke L.E.A.F. Centre turut memberi inspirasi kepada KOPETRO dalam meneroka pendekatan baharu untuk inisiatif pembangunan sosial dan komuniti yang mampan, selaras dengan aspirasi KOPETRO dalam memacu impak sosial yang lebih luas
✨ Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada hubungan strategik yang lebih erat dan membawa manfaat jangka panjang kepada kedua-dua organisasi serta masyarakat secara keseluruhannya.