Mesyuarat Agung Kawasan Terengganu dan Kelantan telah diadakan pada 25 Januari 2026 (Ahad) bertempat di Bilik Duyong, Kelab Golf & Rekreasi PETRONAS (KGRP), melibatkan penyertaan perwakilan kawasan bagi sesi perbincangan dan pengukuhan peranan di peringkat kawasan.
Mesyuarat ini turut mencatat pelantikan tiga belas (13) orang perwakilan baharu bagi Kawasan Terengganu dan Kelantan, selaras dengan usaha memastikan perwakilan yang tersusun serta penglibatan anggota yang berterusan dalam tadbir urus koperasi.
Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Tuan Azree bin Ahmad Kamal, Manager Security East Coast. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nik Kamarulzaman bin Yusof, Naib Pengerusi KOPETRO, bersama barisan Anggota EXCO KOPETRO serta Encik Ahmad Husaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO.
TERENGGANU & KELANTAN REGIONAL GENERAL MEETING
The Terengganu & Kelantan Regional General Meeting was held on 25 January 2026 (Sunday) at Bilik Duyong, Kelab Golf & Rekreasi PETRONAS (KGRP), bringing together regional representatives for engagement and coordination.
The meeting recorded the appointment of thirteen (13) new representatives for the Terengganu & Kelantan region, reinforcing structured representation and continued member participation within the cooperative governance framework.
The session opened with an address by Tuan Azree bin Ahmad Kamal, Manager Security East Coast, and was attended by Tuan Haji Nik Kamarulzaman bin Yusof, Vice Chairman of KOPETRO, together with members of the KOPETRO EXCO and Encik Ahmad Husaini Hassan, Chief Executive Officer of KOPETRO.



