Pada 12 Ogos 2025 (Selasa), delegasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Dapur Setempat KOPETRO.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau secara lebih dekat operasi pengeluaran makanan sejuk beku (Frozen Food), makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat), serta makanan sedia dimasak (Ready-To-Cook) yang diuruskan oleh KOPETRO Food Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat KOPETRO yang aktif membangunkan segmen perniagaan makanan koperasi.
Delegasi SKM telah disambut mesra oleh Setiausaha KOPETRO, Encik Zamani bin Othman; Penolong Setiausaha, Puan Hajah Riguan binti Rashidi; Pengerusi KOPETRO Travel & Food, Encik Zaini @ Muhammad Zaini bin Naiserong; serta Anggota Lembaga Koperasi, Tuan Haji Alpian bin Yahya.
Lawatan ini turut memberi peluang untuk berkongsi aspirasi KOPETRO dalam memperkukuh industri makanan halal dan berkualiti tinggi, selaras dengan usaha koperasi untuk memenuhi permintaan pasaran serta memperluas capaian produk kepada masyarakat.
✨ KOPETRO percaya bahawa lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik serta peluang baharu untuk memperkukuh peranan koperasi dalam industri makanan di Malaysia.
