Lawatan Koperasi Astra International telah diadakan pada 7 Disember 2017 di KOPETRO. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama di dalam perniagaan. Dengan adanya lawatan ini, ia dapat memberikan impak yang positif kearah pengukuhan dan ukhwah di antara kedua-dua pihak. KOPETRO seperti sediamaklum sentiasa komited untuk berkongsi pengalaman dan bekerjasama dengan mana-mana koperasi sama ada di dalam atau luar negara.
Seramai 8 orang wakil Anggota Lembaga Koperasi Astra yang diketuai oleh Ibu Fati Hendrayani dan Bapak Masrana, Naib Pengerusi Koperasi Astra merangkap Pengerusi Bahagian Pembangunan Perniagaan, dan selebihnya terdiri daripada anggota Lembaga dan urusetia.
Lawatan tersebut diraikan cukup mesra oleh Anggota Lembaga KOPETRO yang diketuai oleh Datuk Haji Abdul Razak bin Hussain, Setiausaha KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO, Puan Hajjah Hafida binti Hassan, Anggota Lembaga Koperasi, Encik Abdol Alim bin Yaacob, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan Kanan KOPETRO. Taklimat KOPETRO disampaikan oleh Encik Syafirul Ezwan bin Hishamuddin, Pengurus Kanan Perancangan Strategik dan Pembangunan Perniagaan KOPETRO.
Lawatan ini berjaya memberikan pendedahan kepada Koperasi Astra International tentang perniagaan KOPETRO di samping mengukuhkan persefahaman dan memberikan impak yang positif ke arah pemantapan idea dan perkongsian maklumat.
Oleh : Mohd Syahmi Amir Al-Hafiz bin Abdul Razak
Foto : Mahathir bin Rahim