Pada 1 Oktober 2025 (Rabu), KOPETRO telah menerima kunjungan hormat daripada Mesra Retail and Café Sdn. Bhd. di Board Meeting Room. Lawatan ini diadakan bagi memperkukuh hubungan perniagaan serta mempererat kerjasama melalui sesi libat urus dan perkongsian pandangan.
Kunjungan ini disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Husaini Hassan, manakala pihak Mesra Retail and Café diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ian Malcolm Cruddas.
Pertemuan ini membuka ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam dalam membina sinergi strategik antara kedua-dua organisasi.