Skip to content Skip to footer

KUNJUNGAN HORMAT KOPETRO KE PEJABAT PRESIDEN ANGKASA

Kuala Lumpur, 14 Ogos 2024 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Kelana Jaya. Sesi kunjungan hormat ini diketuai oleh Encik Roslan bin Abdul Rahim, selaku Pengerusi KOPETRO.

Kehadiran delegasi KOPETRO disambut baik oleh YBhg. Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah, Presiden ANGKASA dan Tuan Haji Abdul Rahim Abdul Rahman, Pengurus Besar Bahagian Sekretariat dan Pengurusan Aset.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan ruang dan peluang kerjasama antara KOPETRO dan ANGKASA di masa hadapan.

Turut hadir bersama Encik Zamri bin Ismail, Setiausaha KOPETRO, Tuan Haji Adam bin Keling, Bendahari KOPETRO, Encik Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah, Ketua Pegawai Eksekutif serta kakitangan pengurusan KOPETRO.

Ditubuhkan 44 tahun yang lalu, KOPETRO dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak-anak syarikatnya, diiktiraf sebagai Koperasi Ke-4 Terbaik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini,

KOPETRO telah dinobatkan sebagai koperasi ke-3 terbaik bagi Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan 2024.

KOPETRO melakar kejayaan baharu apabila dianugerahkan status Superbrands Awards sekaligus menjadi koperasi pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut pada tahun 2023. Selain itu, tahun tersebut juga menyaksikan KOPETRO merangkul Anugerah Koperasi Terbaik Sektor Pemborongan dan Peruncitan 2023 sempena Bulan Koperasi Kebangsaan 2023 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia.

KOPETRO juga menerima anugerah Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan melalui syarikat KOPETRO Travel. Pada tahun 2020, KOPETRO merangkul anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards melalui KOPETRO Food, yang sekaligus menjadi anak syarikat milik koperasi pertama diiktiraf dengan anugerah seumpama itu.

Selain Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Riadah, Makanan dan Minuman, Perdagangan dan Peruncitan, dan perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnukita, yang diceburi sejak tahun 2022.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2024. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my