KUALA LUMPUR, 18 NOVEMBER 2023 – Sebuah kursus Umrah telah diadakan hari ini bagi memberi peluang kepada bakal-bakal tetamu Allah untuk membuat persediaan sebelum berangkat ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah Umrah. Kursus yang dinamakan “Seruan Baitullah” telah dianjurkan oleh KOPETRO Travel & Tours Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dengan kerjasama Masjid Ibnu Mas’ud di Jalan Damai, Kuala Lumpur. Kursus yang bermula seawal jam 8:30 pagi ini telah disertai oleh bakal tetamu Allah yang hadir bagi menyaksikan perkongsian ilmu oleh Shamsul Azahar Aliddin atau lebih mesra dikenali ramai sebagai Paksu Shamsul Ghau Ghau, seorang selebriti tempatan yang juga merupakan penceramah dan Mutawif bertauliah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah, kursus Umrah yang diadakan hari ini bertujuan untuk berkongsi ilmu tentang ibadah Umrah selain merapatkan silaturahim antara KOPETRO dengan tetamu yang rata-rata merupakan pelanggan-pelanggan KOPETRO Travel.
“Saya berharap agar kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua yang menghadirinya, demi membentuk individu yang lebih berpengetahuan dan bersedia untuk menghayati setiap detik ibadah Umrah dengan penuh keikhlasan,” ujar Ahmad Shakir.
Ahmad Shakir turut mengulas mengenai peningkatan sindiket penipuan pakej Umrah yang semakin berleluasa, beliau menekankan usaha mengadakan kursus Umrah ini adalah inisiatif KOPETRO Travel dalam menyantuni masyarakat setempat selain membuktikan KOPETRO Travel sebagai sebuah syarikat dan jenama yang dipercayai selama hampir 40 tahun dalam menyediakan servis pelancongan dan pakej percutian yang berkualiti.
Bagi tahun 2024 KOPETRO Travel sudahpun mula menerima tempahan bagi pakej Umrah 12 Hari 10 Malam serendah RM9,399 untuk musim cuti sekolah dan Awal Ramadan untuk tarikh penerbangan pada 8 Februari, 20 Februari dan 6 Mac 2024. Pakej Umrah KOPETRO Travel menawarkan penerbangan terus ke Jeddah dengan syarikat penerbangan SAUDIA, penginapan di hotel bertaraf 3 bintang dan ke atas dengan jarak kurang 250 meter, pengangkutan bas termasuk ziarah, visa pelancong, insuran perjalanan dan perubatan, selain dilengkapi set bagasi, ihram bagi jemaah lelaki dan telekung bagi jemaah wanita, dan buku panduan Umrah.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pakej yang ditawarkan, boleh menghubungi talian hotline KOPETRO Travel 03-21641577 atau melayari website KOPETRO Travel di www.kopetrotravel.com.my atau mengikuti akaun media sosial @kopetrotravel di Facebook dan Instagram.
KOPETRO Travel menawarkan servis pelancongan dan percutian dengan pengalaman hampir 40 tahun menerajui industri pelancongan negara. KOPETRO Travel menyediakan rangkaian perkhidmatan serta nilai tambahan yang komprehensif untuk memudahkan percutian pelanggan.
Pelbagai anugerah telah berjaya dirangkul sejak syarikat ini ditubuhkan, antaranya Agensi Malaysia Terbaik Keseluruhan daripada Malaysia Airlines dan Rakan Perdagangan Paling Bernilai oleh Qatar Airways pada tahun 2023. Sebelum ini, KOPETRO Travel juga diberi penghargaan Jenama Terbaik The Brand Laureate SMEs BestBrands Award bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan pada tahun 2022 selain anugerah ‘Annual Million Dollar Award’ daripada Malaysia Airlines.
KOPETRO Travel juga telah berjaya dilantik sebagai salah satu agensi pelancongan dibawah agensi antarabangsa iaitu ‘The Advantage Global Network’. Penyertaan ini sekaligus membolehkan para pelanggan KOPETRO Travel mendapatkan pelbagai perkhidmatan pelancongan di seluruh dunia. Selain itu, syarikat ini juga merupakan agensi di bawah International Air Transport Association (IATA) yang diakreditasi.