đ§đŽđľđťđśđŽđľ & đŚđđŽđŻđŽđ đđ˘đŁđđ§đĽđ˘!
Alhamdulillah, pada 27 Julai 2025, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah dinobatkan sebagai Koperasi Terbaik Malaysia 2025 (Tempat Pertama) sempena Sambutan Hari Koperasi Negara (HKNâ25) yang berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.
Anugerah ini telah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick kepada Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kakitangan KOPETRO, pihak pengurusan, Jawatankuasa Audit Dalaman, serta Anggota Lembaga terdahulu dan semasa atas sumbangan mereka dalam kejayaan ini.
Terima kasih juga atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk KOPETRO terus unggul dan memberi manfaat berterusan kepada anggota serta komuniti.