Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) turut serta dalam PrefChem Talent Square Program 2025 yang berlangsung sehingga 21 Ogos 2025 di Multi Purpose Hall, Pengerang Integrated Complex, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sepanjang program ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan termasuk pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan, serta pendaftaran takaful. Turut disediakan juga tawaran menarik melibatkan produk pelancongan, minyak enjin dan cenderamata eksklusif PETRONAS.

Penyertaan KOPETRO dalam program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati anggota dan komuniti dengan menyediakan kemudahan serta tawaran istimewa secara terus di lokasi.


