SUNGAI BESI – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), melalui perniagaan perkhidmatan pajak gadai mereka yang dikenali sebagai ArRahnukita, menyampaikan hadiah berupa syiling emas kepada pemenang bertuah pusingan kedua kempen 100 Emas 100 Pemenang.
Melalui kempen tersebut, pelanggan yang mencagar emas dengan nilai minimum RM5,000 layak memenangi syiling emas atau wafer emas selepas tempoh enam bulan.
Pada pusingan kedua ini, 14 pencagar emas pada bulan Februari lalu layak untuk menerima hadiah tersebut sebagai tanda penghargaan daripada ArRahnukita untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Kempen 100 Emas 100 Pemenang ini dianjurkan oleh ArRahnukita bermula Januari hingga Jun 2023 untuk menggalakkan lebih ramai orang menjadikan emas sebagai bentuk pelaburan yang stabil dan terjamin. Sepanjang tempoh kempen, lebih 600 pelanggan telah mencagar melebihi nilai minimum di mana 100 daripadanya berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.
Terdahulu, ArRahnukita turut meraikan pemenang kempen untuk bulan Januari bagi kempen ini dengan mengadakan majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO dan kakitangan ArRahnukita pada 12 Julai lalu. Antara hadiah yang dibawa pulang oleh peserta termasuklah syiling emas dengan berat antara 0.25 gram hingga 5 gram.
ArRahnukita merupakan satu skim pajak gadai emas yang memulakan operasinya pada tahun 2022 dengan cawangan pertama di Medan Niaga Tasik Damai, di sini, kini mempunyai 2 lagi cawangan lain yang terletak di Bangi dan Ampang. Skim pembiayaan Ar-Rahnu ini membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk memperoleh wang tunai. ArRahnukita berpegang kepada Konsep Syariah Tawarruq dan menerima pelanggan dari pelbagai bangsa dan agama.
Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan yang bertanggungjawab menerajui perniagaan ArRahnukita, perkhidmatan pajak gadai patuh syariah itu menyediakan tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin bagi barang kemas, dan mampu memberikan persepsi positif kepada masyarakat serta membantu mengatasi masalah kewangan.
“Cawangan ArRahnukita menerima pelbagai jenis barang kemas dengan mutu emas 750 hingga 999, yang setara dengan 18 karat hingga 24 karat. Selain itu, ArRahnukita juga menerima barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas, dan syiling emas. Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh ArRahnukita adalah sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul,” ujarnya.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan kadar emas dari ArRahnukita, orang ramai boleh melawat laman web www.arrahnukita.com.my atau mengikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram. Pelawat juga boleh menghubungi hotline ArRahnukita di talian +60390559839 (Sungai Besi), +60389204518 (Bangi) dan +60342662696 (Ampang) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.