KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) menerusi perniagaan perkhidmatan pajak gadai miliknya, ArRahnukita, menyampaikan hadiah berbentuk syiling emas kepada 40 pemenang bertuah pusingan ketiga kempen 100 Emas 100 Pemenang. Hadiah tersebut diterima oleh pelanggan yang mencagar emas di perkhidmatan pajak gadai berkenaan sepanjang bulan Mac dan April 2023. Majlis penyampaian hadiah tersebut diadakan serentak di cawangan ArRahnukita Sungai Besi dan Bangi, bagi menghargai pelanggan yang telah mencagar emas dengan nilai minimum RM5,000 sepanjang tempoh berkenaan. Kempen 100 Emas 100 Pemenang ini dianjurkan oleh ArRahnukita untuk menggalakkan lebih ramai orang menjadikan emas sebagai bentuk pelaburan yang stabil dan terjamin.
Melalui kempen ini, pelanggan yang menggadai emas dengan nilai minimum tersebut berpeluang memenangi syiling emas atau wafer emas selepas tempoh enam bulan. Senarai pemenang kempen 100 Emas 100 Pemenang ini diumumkan secara bulanan, dan pada majlis tersebut, pemenang bagi bulan Mac dan April telah dijemput untuk menerima hadiah kemenangan mereka. Seramai 21 orang pencagar bertuah daripada cawangan Bangi dan 19 orang pencagar daripada cawangan Sungai Besi membawa pulang hadiah berupa syiling emas dengan berat antara 0.25 gram hingga 5 gram sebagai tanda penghargaan daripada ArRahnukita untuk pelanggan-pelanggan mereka.
Kempen 100 Emas 100 Pemenang ini dianjurkan oleh ArRahnukita bermula Januari hingga Jun 2023 untuk menggalakkan lebih ramai orang menjadikan emas sebagai bentuk pelaburan yang stabil dan terjamin. Sepanjang tempoh kempen, lebih 600 pelanggan telah mencagar melebihi nilai minimum di mana 100 daripadanya berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan. Sebelum ini, ArRahnukita turut meraikan pemenang kempen bulan Januari dan Februari dengan mengadakan majlis penyampaian hadiah yang dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO dan kakitangan ArRahnukita pada 12 Julai dan 10 Ogos yang lalu.
ArRahnukita adalah satu skim pajak gadai emas yang mula beroperasi pada tahun 2022 dengan cawangan pertamanya di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. Kini, ArRahnukita mempunyai tiga lagi cawangan perkhidmatan yang terletak di Bangi, Ampang dan Rawang. Skim pembiayaan Ar-Rahnu ini membenarkan barang kemas digunakan sebagai cagaran untuk mendapatkan wang tunai. ArRahnukita berpegang kepada Konsep Syariah Tawarruq dan menerima pelanggan dari pelbagai keturunan dan agama. ArRahnukita menyediakan tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin bagi barang
kemas, dan mampu memberikan persepsi positif kepada masyarakat serta membantu mengatasi masalah kewangan. Cawangan ArRahnukita menerima pelbagai jenis barang kemas dengan mutu emas 750 hingga 999, yang setara dengan 18 karat hingga 24 karat. Selain itu, ArRahnukita juga menerima barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas, dan syiling emas. Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh ArRahnukita adalah sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.
Untuk maklumat terkini mengenai promosi dan kadar emas dari ArRahnukita, orang ramai boleh melawat laman web www.arrahnukita.com.my atau mengikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram. Pelawat juga boleh menghubungi hotline ArRahnukita di talian 03-90559839 (Sungai Besi), 03-89204518 (Bangi), 03-42662696 (Ampang) dan 03-60910411 (Rawang) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.