Pada 9 September 2025, Encik Mohd Safwan bin Zulmani, Ketua Pegawai Operasi KOPETRO bersama barisan pengurusan kanan telah mengadakan sesi libat urus bersama staf KOPETRO Wilayah Pantai Timur (WPT) bertempat di Singgah Kertih, Kertih, Terengganu.
Sesi ini menjadi medan perkongsian secara terus antara pihak pengurusan dengan warga kerja WPT, sekali gus mengeratkan hubungan serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mencapai matlamat KOPETRO.


