Roadshow KOPETRO diadakan di PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) – SKA (STO), Miri, Sarawak dari 19 hingga 21 Ogos 2025, bermula jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Sepanjang program ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan perkhidmatan seperti pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan dan pendaftaran takaful. Turut disediakan tawaran menarik melibatkan produk pelancongan, minyak enjin serta cenderamata eksklusif PETRONAS.
Roadshow ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KOPETRO untuk mendekati anggota dan komuniti dengan menyediakan pelbagai kemudahan serta tawaran istimewa secara terus di lokasi.


