KOPETRO telah menyertai HRM Open Day 2025 yang berlangsung di MRCSB Admin Building, Sungai Udang, Melaka.
Sepanjang program ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan daripada KOPETRO termasuk pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan serta pendaftaran takaful.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen KOPETRO dalam mendekati anggota dan pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang menyeluruh serta memberi nilai tambah kepada komuniti.