Pada 10 September 2025 (Rabu), KOPETRO telah mengadakan lawatan rasmi ke PETRONAS TurnAround Centralized Services (TACS) bertempat di TACS Meeting Room, Kertih Integrated Petrochemical Complex (KIPC).
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Syafirul Ezwan Hishamuddin, Head of Energy & Property KOPETRO dan disambut mesra oleh Encik M Reza B Shawal Alludin, Head of TurnAround Centralized Services (TACS) bersama barisan pengurusan kanan organisasi.
Pertemuan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan strategik antara KOPETRO dan TACS, malah turut membuka ruang perbincangan yang konstruktif mengenai peluang kerjasama masa hadapan, selaras dengan aspirasi kedua-dua pihak untuk terus berkembang maju dalam sektor tenaga dan perkhidmatan sokongan.
KOPETRO komited untuk meneruskan jaringan kolaborasi strategik yang mampu memberikan nilai tambah kepada rakan industri serta menyumbang kepada pembangunan ekosistem tenaga negara.