Pada 8 September 2025, KOPETRO telah mengadakan lawatan rasmi ke PETRONAS Chemicals LDPE & Ammonia (PCLA) di Kertih, Terengganu.
Kunjungan ini diketuai oleh Encik Mohd Safwan bin Zulmani, COO KOPETRO dan disambut oleh Encik Syamsul Akmal bin A Manab, CEO/Head Plant PCLA bersama barisan pengurusan kanan kedua-dua organisasi.
Sesi ini membuka ruang untuk KOPETRO berkongsi hala tuju perniagaan semasa, memahami keutamaan strategik PCLA serta meneroka peluang kerjasama yang mampu memberi manfaat Bersama.

