Pada 12 September 2025, KOPETRO telah menerima kunjungan rasmi daripada Koperasi Shell ke Dapur Setempat KOPETRO di Serdang, Selangor.
Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan hubungan perniagaan serta meneroka peluang kerjasama baharu antara kedua-dua koperasi.
Delegasi Koperasi Shell yang diketuai oleh Pengerusi, Andrew Seah Meng telah disambut mesra oleh Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif bersama anggota Lembaga KOPETRO.
Lawatan ini turut disertai oleh barisan pengurusan kedua-dua pihak, menzahirkan komitmen bersama dalam membina hubungan strategik yang lebih erat.
#KOPETRO #KoperasiShell