Pada 22 Ogos 2025, KOPETRO menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Pembiayaan Syariah Angkasa Berhad (KOPSYA) di Bilik Mesyuarat Lembaga, Ibu Pejabat KOPETRO.
Kunjungan ini diketuai oleh Haji Alimen Bin Ahmad, Setiausaha KOPSYA dan disambut oleh Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif, Pengerusi KOPETRO bersama Anggota Lembaga KOPETRO serta barisan pengurusan kanan.
Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di samping meneroka peluang kolaborasi perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.