KOPETRO berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) di Bilik Mesyuarat Lembaga, Ibu Pejabat KOPETRO pada 22 Ogos 2025.
Delegasi Koop Sahabat diketuai oleh Pengerusi Lembaga Koop Sahabat, En. Mohd Najib bin Hj Mohd Noor dan disambut oleh Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif bersama Anggota Lembaga KOPETRO. Turut hadir, barisan pengurusan kanan kedua-dua pihak.
Sesi ini menjadi ruang untuk memperkukuh hubungan silaturahim, berkongsi pengalaman serta amalan terbaik dalam tadbir urus koperasi, di samping meneroka peluang kolaborasi strategik pada masa hadapan.