
Pada 18 September 2025 (Khamis), KOPETRO telah menerima kunjungan hormat daripada Etiqa Family Takaful Berhad (EFTB) bertempat di Board Meeting Room, KOPETRO.

Kunjungan ini diketuai oleh Encik Zafri bin Ab Halim, CEO Etiqa Family Takaful Group, dan disambut mesra oleh Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif, Pengerusi KOPETRO serta Encik Ahmad Husaini Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO bersama barisan pengurusan kanan.

Sesi ini bertujuan untuk memperkukuh persefahaman, mengeratkan hubungan, serta membuka peluang kepada kolaborasi strategik dan perbincangan hala tuju pada masa hadapan.

KOPETRO terus komited dalam menjalin kerjasama erat dengan rakan industri seperti EFTB, demi memacu pertumbuhan mampan serta memberikan nilai tambah kepada para anggota dan pemegang taruh.
