Skip to content Skip to footer

KOPETRO SERTAI KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA 2025

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) terus menyokong pembangunan komuniti dan sukan koperasi melalui penyertaan dalam Kejohanan Petanque ANGKASA 2025 di peringkat negeri.

Pada 21 Julai 2025, KOPETRO telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Melaka 2025 (Kategori Dewasa) yang berlangsung di Bukit Rambai Petanque Club, Melaka. Kejohanan ini menghimpunkan 66 pasukan terdiri daripada 46 pasukan lelaki dan 20 pasukan wanita daripada koperasi-koperasi aktif seluruh negeri Melaka. Pertandingan berlangsung penuh meriah sejak awal pagi hingga lewat malam, menampilkan aksi menarik dan persaingan sengit antara peserta. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Melaka, Tuan Haji Zaidan bin Abd Hadi, sekali gus menyerikan suasana kejohanan.

Seterusnya, pada 15 dan 16 Ogos 2025, KOPETRO turut menyertai Kejohanan Petanque ANGKASA Negeri Terengganu 2025 yang berlangsung di Gelanggang Persatuan Petanque Daerah Dungun (PADU), Terengganu. Dalam kejohanan ini, Encik Zaini @ Muhammad Zaini bin Naiserong, Ahli Lembaga KOPETRO, hadir untuk mengurus pasukan Petanque KOPETRO yang beraksi sepanjang kejohanan.

Penglibatan KOPETRO dalam kedua-dua kejohanan ini membuktikan komitmen koperasi bukan sahaja dalam bidang ekonomi, malah juga dalam memperkukuh jalinan komuniti melalui aktiviti kesukanan, semangat setiakawan dan gaya hidup sihat.

Leave a comment

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2025. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my