Skip to content Skip to footer

KOPETRO RAIKAN PEMENANG BERTUAH KEMPEN TAMBAH SYER DAN MENANG

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) meraikan pemenang kempen “Tambah Syer dan Menang” di Saloma Kuala Lumpur, Jalan Ampang. Sejumlah 65 orang anggota bertuah terpilih sebagai pemenang kempen yang telah berlangsung dari 15 Ogos 2024 sehingga 31 Mei 2025.

Kempen Tambah Syer dan Menang ini dilaksanakan dengan tujuan untuk menggalakkan anggota menambah pelaburan syer sebagai tanda keyakinan kepada koperasi dan bagi memberi penghargaan kepada anggota yang setia dan aktif menyokong koperasi melalui peluang memenangi hadiah menarik yang telah disediakan.

Sepanjang tempoh kempen, KOPETRO menerima lebih 600 penyertaan, mencerminkan kepercayaan anggota terhadap koperasi ini. Pemenang dipilih melalui cabutan bertuah yang diadakan pada majlis makan malam sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPETRO yang ke-42 pada Jun lalu.

Majlis penyampaian hadiah menyaksikan pengumuman 65 pemenang dengan hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Axia. Hadiah lain termasuk dua buah motosikal, dua buah basikal road bike, serta 60 baucar Setel bernilai RM100 setiap satu turut diberikan kepada pemenang bertuah. Penganjuran majlis ini menutup tirai kempen dengan penuh bermakna dan memperlihatkan komitmen KOPETRO dalam terus memberikan nilai tambah kepada anggotanya.

Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam Abdul Latif, dalam ucapannya menegaskan bahawa setiap ringgit yang ditambah melalui syer akan digunakan sebaiknya untuk mengembangkan perniagaan koperasi, meningkatkan pulangan, serta memastikan koperasi terus berdaya saing. Jelasnya, perkara seperti ini mencerminkan semangat sebenar koperasi iaitu daripada anggota untuk anggota.

“Melalui sokongan padu anggota dalam kempen ini, kita bukan sahaja memperkukuh kedudukan kewangan dan modal koperasi, malah membuka ruang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif yang memberi manfaat terus kepada kesejahteraan anggota,” ujar Tuan Haji Ahmad Nizam.

Kejayaan kempen ini turut seiring dengan pencapaian terbaharu KOPETRO yang berjaya menduduki tempat pertama Anugerah Koperasi Terbaik 2025 pada sambutan Hari Koperasi Negara 2025 yang diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pengiktirafan ini sekali gus menegaskan kedudukan KOPETRO sebagai sebuah koperasi yang berdaya saing, berinovasi serta memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan gerakan koperasi negara.

Ditubuhkan pada 30 Oktober 1980, KOPETRO kini memasuki tahun ke-45 penubuhannya, dan dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS serta anak-anak syarikatnya. KOPETRO kini terus memacu kejayaan sebagai salah satu koperasi terkemuka di Malaysia, dan diiktiraf sebagai Koperasi Terbaik Malaysia untuk tahun 2025.

KOPETRO mengukir sejarah gemilang apabila dinobatkan sebagai penerima SME100 Awards: Malaysia’s Fast Moving Companies, sekaligus menjadi koperasi pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut pada Disember 2024. Selain itu, KOPETRO turut pernah merangkul Superbrands Awards pada tahun 2023.

KOPETRO juga dianugerahkan Jenama Terbaik The BrandLaureate SMEs BestBrands Award 2022 bagi kategori Riadah – Solusi Percutian dan Pelancongan melalui syarikat KOPETRO Travel. Pada tahun 2020, KOPETRO merangkul anugerah The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands e-Branding Awards melalui KOPETRO Food, yang sekaligus menjadi anak syarikat milik koperasi pertama diiktiraf dengan anugerah seumpama itu.

Selain Keanggotaan dan Perkhidmatan Kewangan, KOPETRO juga terlibat di dalam bidang Pelancongan dan Makanan, Tenaga dan Hartanah, serta perkhidmatan pajak gadai patuh syariah, ArRahnukita, yang diceburi sejak tahun 2022.

Maklumat lanjut mengenai Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) boleh didapati di laman sesawang KOPETRO di www.kopetro.com.my atau di akaun media sosial Facebook dan Instagram @kopetroberhad.

Leave a comment

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2025. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my