IPOH, PERAK – 8 OKTOBER 2025 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah menghadiri Majlis Menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent – LoI) Tahun 2025 Politeknik Ungku Omar yang berlangsung semalam di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
Kehadiran KOPETRO diketuai oleh Encik Zamani bin Othman, Setiausaha KOPETRO, bersama barisan pengurusan yang turut hadir memberi sokongan. Pihak Politeknik Ungku Omar pula diketuai oleh Puan Hajah Salmi binti Che Meh, Pengarah Politeknik Ungku Omar, diiringi kepimpinan institusi tersebut.
Majlis ini diadakan bagi memeterai dan memformalkan kerjasama strategik yang telah dijalinkan, khususnya dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan, seiring dengan komitmen KOPETRO dalam menyokong pembangunan tenaga kerja masa hadapan melalui jaringan bersama institusi pendidikan.
Inisiatif ini menzahirkan peranan penting KOPETRO bukan sahaja sebagai entiti ekonomi, tetapi juga sebagai rakan strategik dalam pembangunan masyarakat dan modal insan negara.
KOPETRO & POLITEKNIK UNGKU OMAR STRENGTHEN COLLABORATION THROUGH 2025 LETTER OF INTENT (LOI)
IPOH, PERAK – 8 OCTOBER 2025 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) participated in the Letter of Intent (LoI) Signing Ceremony 2025 Politeknik Ungku Omar, held yesterday at Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh.
KOPETRO was led by Mr. Zamani bin Othman, Secretary of KOPETRO, accompanied by members of the management team, while Politeknik Ungku Omar was led by its Director, Puan Hajah Salmi binti Che Meh, supported by the institution’s leadership.
The ceremony was organised to formalise and strengthen existing strategic collaborations, particularly in the areas of education and human capital development, in line with KOPETRO’s commitment to support the growth of the future workforce through partnerships with educational institutions.
This initiative reflects KOPETRO’s vital role not only as an economic entity, but also as a strategic partner in advancing community and human capital development for the nation.