Suasana sekitar booth KOPETRO di KLCC Group Open Day 2025 sememangnya meriah dengan kehadiran para pengunjung yang ingin mendapatkan pelbagai maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan. Program ini berlangsung pada 8 September 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Antara perkhidmatan yang tersedia ialah pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan, pendaftaran takaful, selain tawaran pelancongan & percutian, minyak pelincir PETRONAS dan banyak lagi.
Terima kasih kepada semua yang singgah di booth KOPETRO. Bagi yang belum berkesempatan, masih ada masa untuk datang berkunjung sehingga jam 5.00 petang ini. Jumpa anda di sana!
KOPETRO – Diiktiraf sebagai Koperasi No. 1 di Malaysia 2025