Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOPETRO Ke-43 telah berlangsung pada 27 Jun 2026 di Hotel The Everly, Putrajaya dengan kehadiran para perwakilan, barisan EXCO dan Anggota Lembaga Koperasi serta tetamu jemputan. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Saidatu Akhma Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha KUSKOP, diiringi oleh Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam Abdul Latif. Beliau turut…
Booth KOPETRO telah berlangsung dengan jayanya di Training Room Concourse, Kuala Lumpur Convention Centre (CONVEX) pada 8 Julai 2026, menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung sepanjang program berlangsung. Sepanjang sesi, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, serta pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. Warga KOPETRO turut berinteraksi secara langsung…
Booth KOPETRO kini sedang berlangsung dengan meriah sempena Gentari HR Day 2026, menerima kunjungan berterusan daripada warga Gentari yang singgah untuk mendapatkan maklumat mengenai pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. Sepanjang program berlangsung, para pengunjung berpeluang berinteraksi dengan warga KOPETRO, mengetahui dengan lebih lanjut mengenai manfaat keanggotaan serta meneroka pelbagai tawaran dan perkhidmatan…
KOPETRO turut sama memeriahkan Hari Koperasi Negara (HKN) 2026 yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2026 di PICCA Convention Centre @ Butterworth Arena, Pulau Pinang. Penyertaan kali ini menjadi lebih bermakna apabila KOPETRO telah menerima pengiktirafan sebagai Koperasi Premier 2026, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan KOPETRO dalam memperkukuh kecemerlangan tadbir urus, prestasi perniagaan…
KOPETRO telah berjaya menganjurkan julung kalinya program Sehari Bersama KOPETRO 2026 di Malaysian Refining Company Sdn Bhd (MRCSB), Melaka, yang menghimpunkan pelbagai produk, perkhidmatan, promosi eksklusif serta aktiviti menarik untuk warga MRCSB dan anggota KOPETRO. Sepanjang program berlangsung, para pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat mengenai keanggotaan KOPETRO, produk pembiayaan, perkhidmatan takaful, pembaharuan cukai jalan serta pelbagai…
Pada 4 Jun 2026, KOPETRO telah menerima kunjungan daripada Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan penyertaan KOPETRO dalam penyelidikan bertajuk Kajian Kesan Campuran Pemasaran Terhadap Prestasi Jualan Produk Koperasi (Makanan dan Minuman) di Malaysia. Sesi ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada KOPETRO atas sumbangan input dan perkongsian pandangan yang telah membantu…
