Pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di Petaling Jaya, Selangor. Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KOPETRO untuk memperkukuh jaringan kerjasama dengan badan koperasi utama di Malaysia, selaras dengan visi koperasi untuk menjadi organisasi yang progresif dan berdaya…
Pada 16 Julai 2025 (Rabu), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan sesi libat urus bersama PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC) bertempat di pejabat PRPC, Pengerang, diikuti dengan lawatan ke L.E.A.F. (Learn, Explore, Aspire, Flourish) Centre yang terletak di Bukit Pelali, Pengerang, Johor. Sesi ini telah membuka ruang perbincangan serta pertukaran pandangan…
Pada 22 Julai 2025 (Selasa), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Wilayah Persekutuan sebagai inisiatif memperkukuh jalinan strategik antara KOPETRO dan pihak SKM. Delegasi KOPETRO telah diketuai oleh Pengerusi KOPETRO, Tuan Haji Ahmad Nizam bin Abdul Latif bersama barisan Anggota Lembaga serta kepimpinan koperasi.…
Johor, Februari 2025 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO), telah memeterai kerjasama strategik bersama Koperasi Kumpulan Johor Corporation Berhad (KOPJCORP), dalam majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di Sungai Johor Eco Retreat Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini. Kerjasama strategik ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi komitmen semua pihak sekali gus membuka ruang kepada pelbagai aktiviti…
NILAI, 21 FEBRUARI 2025 – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan jenama telekung premium terkemuka, Siti Khadijah, dalam satu majlis yang berlangsung di Laman Khadijah, di sini. Kerjasama ini bertujuan untuk menawarkan pelbagai manfaat eksklusif kepada anggota KOPETRO, termasuk potongan harga istimewa dan peluang pembelian borong pada kadar lebih kompetitif.…
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2025 – Bursa Malaysia RAM Capital Sdn Bhd (BR Capital), sebuah entiti usaha sama antara Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia atau Bursa) dan RAM Holdings Berhad (RAM), telah memeterai Memorandum Kerjasama (MoC) dengan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bagi memperluaskan akses anggota KOPETRO kepada pelaburan pendapatan tetap serta meningkatkan celik kewangan…
