
KOPETRO telah memeriahkan HR&YOU x MESTIfit4health 2026 yang berlangsung pada 15 dan 16 Julai 2026 di The Grand Hall, Pengerang Integrated Complex (PIC).
Sepanjang program, Booth KOPETRO menerima kunjungan ramai warga PIC yang mengambil peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keanggotaan KOPETRO, kemudahan pembiayaan, pakej percutian, produk makanan LengQuas, minyak pelincir PETRONAS serta pelbagai lagi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Suasana di booth turut dimeriahkan dengan sesi perkongsian bersama wakil KOPETRO yang memberikan penerangan mengenai manfaat keanggotaan serta kemudahan yang tersedia. Anggota yang hadir juga berpeluang menikmati kadar keuntungan pembiayaan istimewa yang ditawarkan sepanjang program, menjadikan penyertaan KOPETRO sebagai antara tarikan utama sepanjang acara berlangsung.
KOPETRO merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengunjung yang singgah ke booth kami dan berharap dapat bertemu lagi pada program-program akan datang.
KOPETRO was proud to participate in HR&YOU x MESTIfit4health 2026, held on 15 and 16 July 2026 at The Grand Hall, Pengerang Integrated Complex (PIC).
Throughout the two-day event, the KOPETRO booth welcomed many visitors from the PIC community who took the opportunity to learn more about KOPETRO membership, financing facilities, travel packages, LengQuas food products, PETRONAS lubricants, as well as the wide range of products and services offered by KOPETRO.
The booth was filled with lively interactions as KOPETRO representatives engaged with visitors, shared information on the benefits of membership, and answered enquiries on the various facilities available.
Members who attended also enjoyed exclusive financing profit rates offered during the event, makingKOPETRO’s booth one of the highlights of the programme.
KOPETRO extends its sincere appreciation to everyone who visited the booth and looks forward to connecting with members and visitors again at future events.
