Suasana sekitar booth KOPETRO di Majlis Tilawah Al-Quran (MTAQ) PETRONAS East Coast 2025 sememangnya meriah dengan kehadiran para pengunjung yang hadir untuk mendapatkan pelbagai maklumat serta perkhidmatan yang ditawarkan.

Program ini telah berlangsung pada 9 September 2025 bertempat di Admin Building Lobby, PETRONAS Chemical MTBE, Gebeng dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Antara perkhidmatan yang telah disediakan ialah pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan, pendaftaran takaful, selain tawaran pelancongan & percutian, minyak pelincir PETRONAS dan banyak lagi. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di booth KOPETRO.
KOPETRO – Diiktiraf sebagai Koperasi No. 1 di Malaysia 2025
