Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) meneruskan inisiatif jelajahnya melalui Roadshow KOPETRO yang diadakan di PETRONAS Leadership Centre, Bangi pada 26 hingga 27 Ogos 2025, bermula jam 10.00 pagi hingga 3.30 petang.
Sepanjang dua hari ini, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai kemudahan secara terus di booth KOPETRO termasuk pendaftaran keanggotaan, permohonan pembiayaan, pembaharuan cukai jalan serta pendaftaran takaful. Turut ditawarkan promosi menarik untuk produk pelancongan, minyak enjin, dan cenderamata eksklusif PETRONAS.
Penganjuran roadshow ini mencerminkan usaha berterusan KOPETRO dalam mendekati anggota dan memperkukuh hubungan dengan komuniti melalui penyediaan perkhidmatan yang mudah, cepat dan berpatutan.
