Skip to content Skip to footer

LAWATAN SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKM) KE DAPUR SETEMPAT KOPETRO

Pada 12 Ogos 2025 (Selasa), delegasi daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah SKM Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan kerja ke Dapur Setempat KOPETRO.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau secara lebih dekat operasi pengeluaran makanan sejuk beku (Frozen Food), makanan sedia dimakan (Ready-To-Eat), serta makanan sedia dimasak (Ready-To-Cook) yang diuruskan oleh KOPETRO Food Sdn Bhd, salah sebuah anak syarikat KOPETRO yang aktif membangunkan segmen perniagaan makanan koperasi.

Delegasi SKM telah disambut mesra oleh Setiausaha KOPETRO, Encik Zamani bin Othman; Penolong Setiausaha, Puan Hajah Riguan binti Rashidi; Pengerusi KOPETRO Travel & Food, Encik Zaini @ Muhammad Zaini bin Naiserong; serta Anggota Lembaga Koperasi, Tuan Haji Alpian bin Yahya.Lawatan ini turut memberi peluang untuk berkongsi aspirasi KOPETRO dalam memperkukuh industri makanan halal dan berkualiti tinggi, selaras dengan usaha koperasi untuk memenuhi permintaan pasaran serta memperluas capaian produk kepada masyarakat.

✨ KOPETRO percaya bahawa lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik serta peluang baharu untuk memperkukuh peranan koperasi dalam industri makanan di Malaysia.

Leave a comment

Newsletter Signup
Please enable JavaScript in your browser to complete this form.
Agree with Privacy Policy
Socials
Address
KOPERASI KAKITANGAN PETRONAS BERHAD
Block B-3-15, Megan Avenue II,
No 12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur
T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Copyright 2025. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad. All rights reserved

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my

Follow us:

T: 03 2161 1990
E: info@kopetro.com.my