KOPETRO MEMBERSHIP WELFARES
| BIL | KATEGORI | KETERANGAN | JUMLAH SUMBANGAN/INSENTIF |
| 1 | SUMBANGAN KHAIRAT KEMATIAN | Sumbangan diberikan bagi membantu menampung perbelanjaan pengurusan jenazah sekiranya berlaku kematian anggota, pasangan, anak, kakitangan atau ahli keluarga anggota. | · Anggota Meninggal Dunia : RM2,000 · Pasangan/ Anak-anak Anggota Meninggal Dunia : RM1,000
|
| 2 | INSENTIF CEMERLANGAN PEPERIKSAAN | Insentif diberikan kepada anggota atau anak-anak anggota yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah yang diiktiraf oleh kerajaan, seperti UPKK, PSRA dan SPM. Setiap anggota hanya layak menerima satu (1) insentif dalam satu tahun kewangan semasa. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh keputusan peperiksaan diumumkan. | RM50 bagi setiap gred A, tertakluk kepada had maksimum RM250 bagi setiap permohonan.
|
| 3 | INSENTIF MELANJUTKAN PENGAJIAN | Insentif diberikan kepada anggota atau anak-anak anggota yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Diploma atau Ijazah (kemasukan kali pertama sahaja). Setiap anggota hanya layak menerima satu (1) insentif dalam satu tahun kewangan semasa. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh kemasukan ke institusi pengajian. | · Anggota : RM1,000 Anak Anggota : RM500
|
| 4 | SAGUHATI KELAHIRAN CAHAYAMATA | Saguhati diberikan kepada anggota sempena kelahiran cahaya mata sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. Setiap anggota layak menerima saguhati bagi setiap kelahiran anak. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh kelahiran anak. | RM150 bagi setiap kelahiran anak.
|
| 5 | SAGUHATI PERKAHWINAN | Saguhati diberikan kepada anggota yang melangsungkan perkahwinan buat kali pertama sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. Setiap anggota hanya layak menerima saguhati ini sekali sahaja sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh perkahwinan. | RM 250 |
| 6 | SAGUHATI MENUNAIKAN HAJI | Saguhati diberikan kepada anggota yang menunaikan ibadah haji buat kali pertama sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. Setiap anggota hanya layak menerima saguhati ini sekali sahaja sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh menunaikan ibadah haji. | RM 500
|
| 7 | SUMBANGAN KEMASUKAN WAD | Sumbangan diberikan kepada anggota yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam (warded) di hospital kerajaan atau swasta. Seorang anggota layak menerima satu (1) sumbangan kemasukan wad dalam satu tahun kewangan semasa. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh kemasukan wad.. | Kadar sumbangan adalah RM50 sehari, dengan had maksimum RM500.
|
| 8 | SUMBANGAN KEILATAN SEPARA KEKAL | Sumbangan diberikan kepada anggota yang mengalami keilatan separa kekal yang disahkan oleh hospital kerajaan atau swasta. Setiap anggota hanya layak menerima sumbangan ini sekali sahaja sepanjang tempoh keanggotaan di KOPETRO. | RM 1000
|
| 9 | SUMBANGAN BENCANA ALAM | Sumbangan diberikan kepada anggota yang ditimpa bencana alam seperti kebakaran, banjir, ribut, gempa bumi atau bencana alam lain. Setiap anggota layak menerima satu (1) sumbangan bencana alam dalam satu tahun kewangan semasa. Semua permohonan Tabung Kebajikan Anggota hendaklah dikemukakan dalam tahun kewangan yang sama dengan tarikh kejadian bencana tersebut. | RM500
|
For the KOPETRO Members (KOPETRO Mortality Scheme) Fund claim, please fill out the form as attached and email to info_membership@kopetro.com.my along with the following documents:
- Log in to the myKOPETRO app, select the Tabung Kebajikan icon, and submit your application based on the applicable category.
- Follow the instructions provided in the email sent to your registered email address and submit the required supporting documents.
- For any enquiries, please email info_membership@kopetro.com.my or contact the Membership Hotline via WhatsApp at 019-261 6146.
*Subject to terms and conditions
For more info, kindly contact info_membership@kopetro.com.my
